Powered by Blogger.

Cerita orang sakit

atas saranan doktor, Mamat dihantar untuk berubat di
USA kerana penyakitnya yang agak kritikal. Sesampainya
di Hospital New York, Mamat dibawa ke bilik bedah dan
dipasang tiub getah kiri kanan.

Beberapa jam kemudian, seorang pesakit dari UK yang
kelihatannya lebih parah dibawa masuk dan diletak
bersebelahan katil si Mamat. Si Mat Saleh ini walaupun
kelihatannya lemah, dia masih mencuba untuk
berkomunikasi dengan Mamat. Dia mengangkat tangannya
dengan susah payah dan berkata: "United kingdom..."
Mamat yang juga sedang lemah, menjawab:
"Malaysian..."
Setelah itu dua-duanya pengsan karena keletihan.

Beberapa jam kemudian mereka kembali sedar dan cuba
berkomunikasi lagi.
Si Mat Saleh berkata dengan lemah: "James..." dijawab
dengan susah payah oleh Mamat: "Mamat..." habis itu
mereka pengsan lagi.

Beberapa jam kemudian setelah sedar, mereka berdua
masih mencuba melanjutkan percakapannya.
"Birmingham..." kata si Mat Saleh, dijawab Mamat:
"Kuala Kangsar..." pengsan lagi.

Tak lama kemudian mereka sedar dan masih mencuba untuk
berbual. Si Mat Saleh yang sudah hampir kehabisan
nafas berkata:
"Cancer..."

Dan dengan sisa-sisa nafas yang ada Mamat menyahut:
"Capricorn..."
Tag : Cerita
Back To Top